Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
  • JENAYAH

Wanita warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh

Utusan Sarawak 11 months ago
 
SEORANG wanita warga emas yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mujur Bercham kelmarin diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

IPOH: Polis mengklasifikasikan kematian wanita warga emas yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mujur Bercham, dekat sini pada Rabu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa berusia 60 tahun itu mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan trauma objek tumpul.

“Tindakan itu berdasarkan laporan dikeluarkan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebaik bedah siasat selesai dijalankan sekitar 9.15 pagi, semalam.

“Siasatan kes pada awalnya dijalankan di bawah kematian mengejut telah diklasifikasikan semula atas kesalahan membunuh dengan niat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat orang awam, seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga anak mangsa telah direman selama tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Abang Zainal berkata, suspek didapati mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah termasuk kes dadah.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan untuk tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad ditalian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah abai anak
Next: Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.