
SELANGAU: Wanita tersepit di tempat duduk hadapan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dipercayai melanggar bahagian belakang lori di persimpangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan pacuan empat roda yang melanggar belakang lori.
“Lelaki berumur 71 tahun pemandu kenderaan tersebut dilaporkan selamat, manakala penumpang wanita berumur 69 tahun tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi untuk tindakan lanjut.
Oleh Akun Giman