Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi RM370,000 diperdaya sindiket penipuan telefon di Kuching
  • JENAYAH

Wanita rugi RM370,000 diperdaya sindiket penipuan telefon di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Wanita tempatan berusia 61 tahun kerugian RM370,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kejadian tersebut hari ini.

Menurutnya, mangsa dihubungi individu tidak dikenali pada 11 April lalu ketika berada di rumah yang mendakwa berasal dari syarikat insurans Takaful dan pihak polis.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa terdapat tuntutan insurans palsu di Hospital Pakar KPJ Damansara, Kuala Lumpur atas nama mangsa. Mangsa turut diberitahu kononnya terlibat dalam kes penggubahan wang haram yang sedang disiasat,” katanya.

Alexson berkata, mangsa yang panik dan terpedaya kemudian diarahkan memberikan butiran akaun bank serta menukar maklumat kad ATM mengikut arahan suspek.

Beliau berkata, mangsa turut diarahkan membuat pemindahan wang menggunakan mesin deposit tunai ke dalam dua akaun bank berbeza menerusi dua transaksi, termasuk pemindahan ke akaun peribadi miliknya sendiri sehingga melibatkan jumlah keseluruhan RM370,000.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat pembayaran tambahan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Alexson turut menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila menerima panggilan mencurigakan dan segera menamatkan panggilan tersebut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada individu tidak dikenali serta membuat semakan nombor akaun atau nombor telefon mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule.

Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran atau melaporkan aktiviti mencurigakan menerusi talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997 atau talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak di 011-62890089.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki disyaki pengedar syabu dalam Operasi Op Tapis di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.