Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi RM288,761 diperdaya pelaburan saham tidak wujud
  • JENAYAH

Wanita rugi RM288,761 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Utusan Sarawak 2 hours ago

MIRI: Seorang wanita tempatan berusia awal 30an kerugian sebanyak RM288,761 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri menerima satu laporan polis berhubung kes tersebut pada Selasa lalu.

Menurutnya, mangsa diperkenalkan kepada platform pelaburan dikenali sebagai ‘Aetherbridge Capital / AB Limited’ oleh seorang individu wanita dikenali sebagai “Chloe” menggunakan nombor telefon 019-4853375 sekitar 2025 menerusi aplikasi Rednote.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp berkaitan pelaburan tersebut sebelum diarahkan memuat turun aplikasi ‘AB Limited’ melalui Apple Apps Store.

“Suspek turut meyakinkan mangsa bahawa pelaburan itu sah kerana paparan maklumat saham dalam aplikasi tersebut menyerupai aplikasi perdagangan saham sebenar seperti Maybank Trade serta menunjukkan keuntungan selepas urus niaga dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh pelaburan itu, mangsa telah membuat 22 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun syarikat berbeza melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM288,761.

Katanya lagi, apabila mangsa ingin mengeluarkan keuntungan pelaburan, suspek mempengaruhi mangsa untuk terus membeli saham kononnya bagi memperoleh keuntungan lebih tinggi sehingga pengeluaran wang tidak dapat dilakukan.

“Pada Selasa lalu (12 Mei), mangsa sekali lagi cuba membuat pengeluaran namun gagal dan diminta membayar penalti sebanyak RM80,000 sebelum pengeluaran dibenarkan,” jelasnya.

Susulan itu, mangsa menyedari dirinya telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis.

Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat serta membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak
Next: Padah curi motosikal guna taktik potong wayar, penganggur dicekup polis di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.