Wanita PBB bentang halatuju baharu kepada Premier Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DATO Sri Fatimah Abdullah mengetuai arisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi penggal 2025 hingga 2028, mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Petra Jaya, semalam. Foto UKAS

PETRA JAYA: Barisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi penggal 2025 hingga 2028 berkunjung hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Kunjungan hormat delegasi tersebut yang diketuai Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah diadakan di pejabat Abang Johari di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Fatimah, berkata kunjungan itu bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita PBB serta membentangkan halatuju, program dan aktiviti yang dirancang bagi penggal ini.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Premier berhubung strategi terbaik dalam memperkukuhkan peranan Majlis Tertinggi Wanita PBB.

“Ini khususnya dalam konteks pembangunan negeri dan landskap politik semasa,” katanya.