Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut kereta rempuh pokok di Jalan Lanang
  • KEMALANGAN

Wanita maut kereta rempuh pokok di Jalan Lanang

Utusan Sarawak 12 hours ago
REMUK…Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan kendiri selepas merempuh sebatang pokok di Jalan Lanang, Sibu awal pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri merempuh sebatang pokok di bahu jalan berhampiran Lorong Lanang 61, Jalan Lanang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 46 tahun, dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi.

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi mengeluarkan mangsa seorang wanita yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan kendiri di Lorong Lanang 61, Jalan Lanang, awal pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan kendiri membabitkan sebuah kereta yang merempuh pokok di bahu jalan.

“Mangsa wanita dewasa didapati tersepit di bahagian pemandu, mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi yang turut dibantu polis dan petugas ambulans itu tamat sepenuhnya pada 2.04 pagi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Wanita terselamat selepas kereta terjunam ke gaung di Bulatan Ban Hock
Next: Sekurang-kurangnya 30 maut dalam insiden rempuhan di Citadelle Laferrière, Haiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.