Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita disaran manfaat kreativiti bagi tingkat taraf ekonomi
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita disaran manfaat kreativiti bagi tingkat taraf ekonomi

Utusan Sarawak 1 month ago
UNTUK ALBUM… Anyi Jana merakam kenangan bersama peserta Bengkel Pembuatan Kain Buriek di Rumah Rety, Nanga Ngungun semalam. Foto FB Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ngemah

KANOWIT: Golongan wanita disaran agar bijak memanfaatkan kreativiti bagi meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.

Beliau berkata, antara hasil kraf tangan yang mampu menjana pendapatan ialah pembuatan kain Buriek yang bukan sahaja memiliki nilai estetika, malah mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

“Apa sahaja cabaran dan kekurangan diri tidak harus dijadikan halangan untuk berjaya, termasuk dalam mencari peluang meningkatkan ekonomi masing-masing.

“Selain sibuk menguruskan hal keluarga, wanita, khususnya ibu-ibu, perlu bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan yang boleh diusahakan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Penangguhan Bengkel Pembuatan Kain Buriek Wanita Nanga Ngungun di Rumah Rety, semalam.

Seramai 36 peserta dari kalangan wanita Nanga Ngungun menyertai bengkel berkenaan.

Anyi turut berharap agar para peserta tidak hanya menjadikan sijil penyertaan sebagai pencapaian utama, sebaliknya terus mengembangkan kreativiti dan hasil kraf tangan ke pasaran yang lebih luas.

Turut hadir, isteri ADUN Ngemah Gelim Utan, Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara Dr. Stephen William dan Setiausaha Majlis Daerah Kanowit Bilong Engkas.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tatau kini berada di bawah pengurusan BDA
Next: Bantuan Wang Ehsan dicadang diperluas, diubah syarat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.