Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita cedera terjatuh dalam parit
  • KEMALANGAN

Wanita cedera terjatuh dalam parit

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Seorang wanita tempatan mengalami kecederaan selepas terjatuh ke dalam parit di hadapan pusat beli-belah The Spring di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 6.13 pagi.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan tujuh orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi (KO) lapor tersapat seorang perempuantelah terjatuh ke dalam parit di tengah-tengah jalan semasa hendak turun kerja.

“Mangsa tidak dapat naik semula ke atas kerana parit terlalu tinggi dengan kedalaman lebih kurang tujuh kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Menjelas lanjut, katanya pasukan keluaran operasi (PKO) kemudian bertindak memberi bantuan dengan menarik mangsa ke atas.

Mangsa berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Farah Aqilah Mohd Zuhari mengalamai kecederaan ringan pada kaki.

Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapat rawatan selanjutnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: A decorative kangaroo currently ‘sick’, undergoing treatment at the ‘hospital’
Next: Wanita cedera, tersepit dalam kereta terlibat kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.