Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wabak taun terus merebak di Sudan – PBB
  • GLOBAL

Wabak taun terus merebak di Sudan – PBB

Utusan Sarawak 1 year ago
XINHUA melaporkan tujuh daripada 18 negeri merekodkan hampir 3,000 kes disyaki taun termasuk 89 kematian setakat 12 November lepas.

NEW YORK: Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), semalam.

OCHA memetik bahawa Kementerian Kesihatan Persekutuan negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa tujuh daripada 18 negeri merekodkan hampir 3,000 kes disyaki taun termasuk 89 kematian setakat 12 November lepas, lapor Xinhua.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan kongsinya sedang meningkatkan tindak balas terhadap wabak itu termasuk membantu pengesanan dan rawatan kes.

“Kempen vaksinasi dijangka bermula di negeri-negeri yang terjejas menjelang akhir November,” menurut OCHA.

Petugas kemanusiaan berkata kira-kira dua pertiga daripada penduduk Sudan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan manakala lebih 70 peratus kemudahan kesihatan di kawasan konflik tidak lagi berfungsi.

Sejak perang tercetus pada April, WHO mengesahkan berlaku 60 serangan terhadap institusi penjagaan kesihatan di Sudan.

Wabak taun mula dilaporkan di negeri timur Gedaref dan tidak lama kemudian terus merebak di Khartoum, ibu negara Sudan menurut WHO. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya
Next: Gabon berdepan peningkatan kes influenza, Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.