Wabak norovirus dilaporkan di kapal Persiaran Caribbean

Facebook
WhatsApp

WASHINGTON: Wabak norovirus dilaporkan merebak di atas sebuah kapal persiaran “Princess Cruises’ Caribbean Princess” semasa pelayaran transatlantik, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Wabak itu, yang dilaporkan pada 7 Mei kepada CDC, meliputi pelayaran kapal pada 28 April hingga 11 Mei dari Pelabuhan Everglades.

Daripada 3,116 penumpang, sebanyak 102 (3.3 peratus) dilaporkan mengalami gejala, selain 13 daripada 1,131 anak kapal (1.2 peratus).

Gejala utama termasuk cirit-birit dan muntah.

“Kami dengan segera menyahjangkit setiap kawasan kapal dan menambah sanitasi tambahan sepanjang pelayaran,” menurut pihak kapal sambil menambah bahawa kapal itu akan menjalani pembersihan menyeluruh sebaik tiba di Pelabuhan Canaveral pada 11 Mei sebelum berlepas untuk pelayaran seterusnya.- Bernama-Anadolu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara