Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman
  • GLOBAL

Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman

Utusan Sarawak 8 months ago

HANOVER: Gergasi automotif Jerman, Volkswagen (VW) menolak tuntutan kesatuan pekerja untuk kenaikan gaji, sebaliknya mengancam untuk melakukan pemotongan kos semasa rundingan perjanjian kolektif pertama dengan pemimpin pekerja, semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin pekerja berkata, bahawa pihak pengurusan VW juga enggan memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan pemberhentian besar-besaran dan penutupan kilang yang telah diancam oleh pengurusan VW sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Daripada beban kos, kita memerlukan pelepasan kos.

“Ini juga memerlukan sumbangan daripada pekerja,” kata Ketua Sumber Manusia VW, Arne Meiswinkel yang bertindak sebagai ketua perunding bagi pihak pengurusan.

Kesatuan sekerja IG Metall, yang mewakili sebahagian besar tenaga kerja VW, menyatakan bahawa tuntutan syarikat itu adalah ancaman pemotongan gaji bagi pekerja di syarikat berkenaan.

IG Metall menuntut kenaikan gaji sebanyak 7 peratus di VW dan seluruh industri automotif Jerman.

Perbincangan semalam berlangsung sekitar tiga jam. Mesyuarat lanjut belum lagi dijadualkan, tetapi ketua perunding bagi kesatuan sekerja berkata beliau berharap rundingan seterusnya akan diadakan sebelum akhir November. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kalung abad ke-18 diperbuat daripada 500 berlian bakal dilelong
Next: Tentera udara Malaysia, Indonesia laksanakan operasi simulasi SAR di Pontianak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.