
(FILES) In this file photo taken on November 24, 2019 Marseille's Portuguese Andre Villas-Boas reacts at the end of the French L1 football match between Toulouse (TFC) and Olympique de Marseille (OM) at the Stadium municipal in Toulouse. - Portuguese coach of Olympique de Marseille Andre Villas-Boas will remain coach of the Marseille team next season for the return of OM to the Champions League, according to the club on May 25, 2020. (Photo by PASCAL PAVANI / AFP)

LIGUE 1 PERANCIS
ANDRE Villas-Boas akan kembali sebagai jurulatih Marseille untuk musim depan, umum kelab itu semalam, walaupun terdapat banyak laporan bahawa bos dari Portugal akan pergi setelah hanya satu tahun mengendalikan pasukan.
“Setelah beberapa perbincangan dalam beberapa hari terakhir dengan Frank McCourt dan Jacques-Henri Eyraud, Andre Villas-Boas telah mengesahkan bahawa dia ingin terus bekerja dengan OM musim depan,” kata kelab itu kepada AFP.
Minggu lalu, Marseille menawarkan Villas-Boas – yang perjanjiannya berakhir hujung musim depan – perpanjangan kontrak dua tahun kerana keraguan berterusan mengenai masa depannya di kelab berikutan pemergian oang kanan dan pengarah sukan Andoni Zubizarreta .
Villas-Boas, 42, memimpin bekas juara Eropah, Marseille ke tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain dalam Ligue 1 musim ini yang berakhir awal kerana wabak Covid-19.
Marseille, yang dimiliki oleh jutawan Amerika Syarikat, Frank McCourt, akan tampil dalam Liga Juara-Juara UEFA musim depan buat kali pertama sejak 2013/14.
Namun, bekas jurulatih Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur itu telah menyatakan keprihatinannya mengenai kemampuan kelab itu untuk melabur dalam menandatangani pemain baru untuk musim depan.
Pengesahan bahawa Villas-Boas – yang popular dengan peminat Marseille – akan terus kekal datang hanya beberapa jam selepas kumpulan penyokong mengecam lembaga atas apa yang mereka sebut sebagai “pengurusan yang merosakkan sejak bertahun-tahun”. – AFP