Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam gesa sekatan ditarik balik
  • GLOBAL

Vietnam gesa sekatan ditarik balik

Utusan Sarawak 5 years ago
TERUS KOMITED… Timbalan Perdana Menteri Vietnam merangkap Menteri Luar, Pham Binh Minh, semasa perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. • Foto BERNAMA

HANOI: Vietnam menggesa sekatan ditarik balik dan mewujudkan syarat mudah untuk aktiviti bantuan kemanusiaan di bawah konteks pandemik Covid-19.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pham Binh Minh semasa perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pandemik dan cabaran untuk mengekalkan keamanan, pada Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai kesan mendalam Covid-19 pada semua aspek kehidupan yang mengancam kemajuan proses damai dan aktiviti kemanusiaan di kawasan dilanda konflik di seluruh dunia.

Minh menekankan perlunya penyelesaian komprehensif dan Vietnam mengalu-alukan penerimaan Resolusi 2532 oleh Majlis Keselamatan, mengenai tindak balas Covid-19 dan menyokong rayuan Setiausaha Agung PBB untuk gencatan senjata global.

Pada perbahasan itu peserta menyambut baik kelulusan Resolusi 2532 dan perjuangan melawan Covid-19 menjadi peluang untuk meningkatkan kolaborasi serta penyatuan antarabangsa di PBB- Bernama

Continue Reading

Previous: Israel, UAE sepakat pulihkan hubungan
Next: Covid-19 ragut 769,009 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.