Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam bebaskan hampir 10,000 banduan sempena pilihan raya parlimen
  • GLOBAL

Vietnam bebaskan hampir 10,000 banduan sempena pilihan raya parlimen

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

HANOI: Vietnam mengumumkan akan membebaskan hampir 10,000 banduan termasuk warga asing, sempena pilihan raya parlimen yang berlangsung baru-baru ini.

Negara komunis itu lazimnya mengumumkan pengampunan sebelum acara atau sambutan penting negara.

Tahun lalu, Vietnam membebaskan lebih 22,000 banduan, jumlah tertinggi dalam tempoh setahun, sempena ulang tahun ke-50 kejatuhan Saigon dan ulang tahun ke-80 pengisytiharan kemerdekaannya.

Pada awal Jun ini, seramai 9,950 tahanan akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada program pengampunan tahun ini, menurut dokumen yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti Komunis dan Presiden Vietnam, To Lam.

Timbalan Menteri Keselamatan Awam, Le Van Tuyen berkata, pengampunan itu diadakan bagi menandakan kejayaan Kongres Parti Komunis yang diadakan setiap lima tahun serta pilihan raya Dewan Perhimpunan Kebangsaan.

“Pengampunan ini menandakan kejayaan Kongres Parti Komunis dan pilihan raya Dewan Perhimpunan Kebangsaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada Mac lalu, Vietnam mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan, badan perundangan tertinggi negara yang berfungsi mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Parti Komunis yang memerintah.

Banduan yang akan dibebaskan bulan depan termasuk 63 warga asing, terdiri daripada 56 lelaki dan tujuh wanita daripada pelbagai negara, namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Menurut undang-undang Vietnam, banduan yang disabitkan kesalahan kerana cubaan menggulingkan kerajaan atau terlibat dalam kegiatan keganasan tidak layak menerima pengampunan.

Vietnam telah membebaskan kira-kira 118,000 banduan lebih awal daripada tarikh pembebasan yang dijadualkan.

Kementerian Keselamatan Awam sebelum ini melaporkan bahawa lebih 190,000 banduan sedang menjalani hukuman penjara di seluruh negara.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Rakyat Colombia keluar mengundi Ahad ini untuk pilih presiden baharu
Next: Jemaah haji sempurnakan tawaf wadak sebelum berlepas tinggalkan Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.