Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Vesel tunda, tongkang ditahan Maritim
  • Utara
  • WILAYAH

Vesel tunda, tongkang ditahan Maritim

Utusan Sarawak 1 hour ago
DITAHAN…Sembilan kru warga tempatan diperiksa Maritim Malaysia selepas sebuah vesel tunda bersama tongkang ditahan ketika operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Baram, Miri.

Miri: Sebuah vesel tunda bersama tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri ketika bersauh di perairan Kuala Baram, petang tadi.

Pengarah Maritim Zon Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan sekitar 2.5 batu nautika barat laut Kuala Baram itu mendapati vesel tunda terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, vesel berkenaan gagal memiliki sijil kelulusan penggunaan peralatan komunikasi radio di atas kapal.

DITAHAN…Sebuah vesel tunda bersama tongkang yang ditahan di perairan Kuala Baram kerana disyaki melanggar peraturan perkapalan dan komunikasi laut.

“Tongkang terbabit pula disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 selepas gagal mengemukakan dokumen stabiliti vesel semasa pemeriksaan dijalankan.

“Vesel itu dikendalikan sembilan kru warga tempatan berusia antara 23 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, perintah tahanan dikeluarkan terhadap kedua-dua vesel sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Katanya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh mengancam keselamatan pelayaran serta mengakibatkan kehilangan harta benda.

“Penguatkuasaan di perairan negara akan terus dipertingkat secara konsisten bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang sentiasa terpelihara,” katanya.

Oleh  Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Keluarga mohon bantuan polis kesan wanita terputus hubungan sejak tiga tahun
Next: Bantuan Sejahtera MADANI RM20,000 disalur kepada 40 KIR Sri Aman dan Pantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.