Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Vesel nelayan tempatan hanyut ke perairan Indonesia berjaya dibawa pulang
  • Selatan
  • WILAYAH

Vesel nelayan tempatan hanyut ke perairan Indonesia berjaya dibawa pulang

Utusan Sarawak 4 hours ago
VESEL Nelayan Tempatan (VNT) berjaya dibawa pulang oleh Maritim Malaysia selepas hanyut ke perairan Malaysia-Indonesia di Tanjung Datu.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak berjaya membawa pulang sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang hanyut sehingga ke perairan Indonesia sebelum diserahkan semula oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) berhampiran sempadan perairan Malaysia–Indonesia di Tanjung Datu.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, VNT berkenaan dilaporkan terputus hubungan ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia. 

“Maklumat kehilangan itu diterima oleh Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuching melalui Pusat Penyelarasan Penyelamatan Maritim (MRCC) Putrajaya pada 12 Jun 2026.

“Hasil kerjasama dan koordinasi antara pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia, TNI AL berjaya mengesan serta menunda vesel berkenaan ke Pos Angkatan Laut (POSAL) Temajuk bagi tujuan pemeriksaan lanjut. 

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan sepanjang insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KERJASAMA anggota Maritim Malaysia dan TNI AL memastikan VNT yang hanyut dipulangkan semula ke perairan negara.

Mengulas lanjut, bagi proses penyerahan semula, aset Maritim Malaysia iaitu KM Kota Kinabalu dan Pengawal 42 telah digerakkan ke lokasi pertemuan sebelum vesel berkenaan diserahkan secara rasmi oleh pihak TNI AL kepada Maritim Malaysia pada pagi semalam.

Maritim Malaysia turut menyalurkan bantuan bekalan diesel sebanyak 300 liter bagi membolehkan vesel tersebut meneruskan pelayaran pulang ke Jeti KOMTAS.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairi Abdul Aziz berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada TNI AL atas kerjasama erat dan tindakan profesional dalam membantu pengesanan serta penyerahan semula vesel tersebut.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan maritim di rantau ini,” katanya.

“Maritim Malaysia akan terus komited dalam memastikan keselamatan komuniti maritim dan warga perkapalan di perairan negara sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Orang awam serta komuniti maritim turut dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut dan segera melaporkan sebarang kecemasan melalui talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah pupuk gaya hidup sihat, bantu selamatkan nyawa
Next: Gelanggang Futsal LAKIS Saratok kini berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.