Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik
  • GLOBAL

Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik

Utusan Sarawak 10 months ago
PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Venezuela di Caracas ketika membantah kemenangan Maduro, semalam. FotoAFP

CARACAS: Venezuela semalam menggesa kerajaan Argentina, Chile, Costa Rica, Peru, Panama, Republik Dominican dan Uruguay supaya menarik balik kakitangan diplomatik mereka di negara itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Langkah itu, diumumkan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Venezuela, juga menggesa penarikan balik kakitangan diplomatik Venezuela yang diakreditasi di negara-negara berkenaan.

Venezuela menuduh kerajaan tujuh negara itu “campur tangan” dalam hal ehwal dalamannya, terutamanya pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro dipilih semula untuk penggal ketiga selama enam tahun.

Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela pada Isnin mengisytiharkan Maduro menang pilihan raya presiden pada Ahad. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Deguchi dari Kanada raih emas Olimpik judo pertama
Next: Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.