Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Varian Covid-19 JN.1 kini menular di AS
  • GLOBAL

Varian Covid-19 JN.1 kini menular di AS

Utusan Sarawak 1 year ago

LOS ANGELES: Varian baharu Covid-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.

JN.1 mencatat 21.4 peratus jangkitan baharu di seluruh negara dan menjadi virus yang paling cepat menular setakat ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, lapor Xinhua.

CDC meramalkan JN.1 akan terus menular menjadi sebahagian daripada jujukan genom SARS-CoV-2.

JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan mula dikesan di AS pada September 2023. Menjelang akhir Oktober, virus itu menyumbang kurang daripada 0.1 peratus kes SARS -Virus CoV-2, menurut CDC.

Negara-negara Eropah termasuk Denmark, Sepanyol, Belgium, Perancis dan Belanda menyaksikan pertumbuhan eksponen melibatkan kes JN.1, disertai peningkatan kemasukan ke hospital.

Varian terbabit turut merebak dengan pantas di Australia, Asia dan Kanada.

Pada masa ini, tiada bukti bahawa JN.1 menyebabkan risiko kesihatan awam berbanding varian lain yang sedang menular, menurut CDC.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan pakar menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin Covid-19 untuk mengelakkan kesan virus yang teruk.

Lebih 22,700 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara setakat 9 Disember, tertinggi sejak Februari, menurut data CDC. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Presiden Jokowi lancar pembinaan hospital di Nusantara
Next: Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan Kabinet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.