Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Van Dijk pertahan Alexander-Arnold walaupun pamer aksi hambar
  • SUKAN

Van Dijk pertahan Alexander-Arnold walaupun pamer aksi hambar

Utusan Sarawak 4 months ago

Trent Alexander-Arnold dilaporkan turut diintai Real Madrid

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mempertahankan Trent Alexander-Arnold atas persembahan hambarnya ketika menentang Manchester United. 

Van Dijk turut menolak tanggapan yang menyatakan keinginan Real Madrid untuk mendapatkan rakan sepasukannya itu sebagai punca kepada impak negatif Alexander-Arnold.

Alexander-Arnold menjadi punca kepada jaringan pembukaan Lisandro Martinez yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Anfield, sekali gus memperlihatkan prestasi pemain berkenaan berada di bawah standard sebenarnya. 

Prestasi hambar bek kanan itu sudah berlarutan panjang dan sering menjadi pendebatan mengenai masa depannya bersama pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kontrak pemain berusia 26 tahun itu bakal tamat pada penghujung musim ini dan ini bermakna dia kini boleh menandatangani pra kontrak bersama kelab luar negara. 

Gergasi Sepanyol, Real, dilaporkan membuat bidaan untuk menandatanganinya namun Liverpool dipercayai menolak tawaran berkenaan. 

Liverpool dijadual menentang Tottenham di London pada Rabu ini untuk aksi pertama separuh akhir Piala Liga. 

“Trent mempunyai orang disekelilingnya, keluarganya dan kami juga ada di sini untuknya,” kata Van Dijk. 

“Dia mahu beraksi di tahap terbaik mungkin, sama seperti yang kami lakukan. Itu menjadi fokus utama.” – AFP

Continue Reading

Previous: Sarawak siapkan fasiliti hanya 5 bulan untuk kejohanan Piala Dunia Kriket T20 Wanita
Next: Padang Kriket Borneo penuhi piawaian ICC bernilai RM6.5 juta  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.