Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Usahawan tempatan perluaskan perniagaan
  • BISNES

Usahawan tempatan perluaskan perniagaan

Utusan Sarawak 4 years ago
DAPAT PERHATIAN… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika melawat premis Nurhaniza di Kampung Teh Oya.

OYA: Dorongan minat untuk dijadikan sebagai kerjaya, seorang usahawan wanita di Kapung Teh di sini telah membuat  keputusan untuk membuka premis  peniagaan.

Setelah menyedari bahawa hasil tangannya mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, Nurhaniza Shamat, 29, tanpa ragu, memperluaskan bidang pastry yang kini diusahakan sejak tahun 2019.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan peniagaan  usahawan wanita ini hanya bermula sekadar minat pada mulanya dan tidak menjangka mendapat perhatian daripada penduduk tempatan sekali gus member sumber pendapatan yakni sebuah kerjaya.

“Dengan hanya minat dalam bidang pastry, usahawan tersebut seterusnya mencuba untuk menjual hasil pastry itu secara suka-suka, namun apabila jualannya mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula membuka premis untuk membuat dan menjual produknya itu,” katanya lagi.

Memandangkan pastry atau pemanis mulut seperti kek dan dessert keluarannya mendapat respons yang amat memberangsangkan, Nurhaniza menggaji dua pembantu pada pertengahan tahun lalu.

Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyatakan demikian  sempena dengan lawatan beliau ke premis peniagaan usahawan tersebut  pada hujung minggu lalu.

“Untuk menambahkan ilmu dalam bidang yang diceburi itu, Nurhaniza turut menghadiri pelbagai kursus yang diadakan agensi-agensi kerajaan, termasuk melalui atas talian. Bagi mempelbagaikan produknya, beliau juga menghasilkan kek dan pastry menggunakan resepi sendiri,” tambah Fatimah.

Kini beliau telah menjangkaui sasaran awalnya iaitu pelanggan sekitar Daerah Dalat dan Mukah sahaja .

“Kini beliau ada juga  menerima tempahan dari Kuching.  Akan tetapi, seperti biasa setiap usaha atau perniagaan pasti ada cabarannya, dan perkara itu tidak terkecuali buat usahawan dari Daerah Kecil Oya ini. Antara cabarannya ialah dari segi sumber bahan-bahan mentah yang agak sukar untuk diperolehi  sehingga memaksanya untuk ke luar Mukah bagi mendapatkan keperluan tersebut,” ujar Fatimah lagi.

Selain itu, tambah  wakil rakyat ini,  tempahan daripada luar daerah berkurangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan membatasi pergerakan penghantaran beliau mahupun pelanggan untuk ke premis perniagaannya.

Harapan Nurhaniza adalah untuk mendapat lebih banyak pengetahuan dalam bidang diceburi dan mempelbagaikan produknya terutama dari segi memenuhi kemahuan atau selera pelanggan dan seterusnya untuk juga membuka  premis di luar Bahagian Mukah demi mengembangkan peniagaan industri kotej berkenaan.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: MTDC, UNIMAS meterai MoU bagi pertukaran pengetahuan
Next: MOTAC bincang benarkan pelancongan antara negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.