Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Usahawan muda di Pontian hasilkan kraf batik unik guna daun dan bunga
  • INSPIRASI

Usahawan muda di Pontian hasilkan kraf batik unik guna daun dan bunga

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENGUSAHA Misbaahussalam Zakaria menyusun daun dan bunga untuk menghasilkan corak dalam pembuatan produk berasaskan teknik eco-print di kediamannya di Benut, hari ini. Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, seorang anak muda membuktikan bahawa daun dan bunga bukan sekadar elemen alam, sebaliknya mampu diangkat menjadi seni cetakan fabrik bernilai tinggi melalui teknik eco-print. Foto Bernama

PONTIAN: Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, Misbaahussalam Zakaria memanfaatkan daun dan bunga menjadi ‘alat cetak’ bagi menghasilkan seni cetakan fabrik bernilai tinggi.

Usahawan kraf berusia 32 tahun ini menggunakan teknik eco-print, iaitu corak pada fabrik dihasilkan tanpa menggunakan lilin seperti kelaziman batik cetak.

“Ramai orang nampak hasil macam batik, tapi sebenarnya ini eco-print. Kita guna daun dan bunga untuk hasilkan corak pada kain,” katanya kepada Bernama, ketika ditemui di kediamannya di Taman Maju Emas, Api-Api di sini.

Beliau yang memulakan perniagaan itu sebaik menamatkan pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang pada 2019, berkata idea memanfaatkan daun dan bunga dalam penghasilan batik eco-print tercetus selepas beliau mengkaji teknik yang diperkenalkan oleh pengkaji tekstil dari Australia, India Flint yang terkenal dengan penggunaan bahan semula jadi dalam seni fabriknya.

Berkongsi lanjut, Misbaahussalam berkata dari situ, beliau turut mengkaji daun dan bunga yang mampu menghasilkan warna. 

PENGUSAHA Misbaahussalam Zakaria menyusun daun dan bunga untuk menghasilkan corak dalam pembuatan produk berasaskan teknik eco-print di kediamannya di Benut, hari ini. Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, seorang anak muda membuktikan bahawa daun dan bunga bukan sekadar elemen alam, sebaliknya mampu diangkat menjadi seni cetakan fabrik bernilai tinggi melalui teknik eco-print. Foto Bernama

Katanya, sekalipun tidak semua dapat menghasilkan warna, setiap daun dan bunga berupaya meninggalkan kesan pada fabrik, sama ada melalui ton warna atau dalam bentuk ‘siluet’.

Beliau berkata antara bahan yang sering digunakan beliau ialah eucalyptus (daun kayu putih), daun jarak, ketapang serta bunga-bunga seperti bunga raya, matahari dan kosmos, dengan setiap bahan memberikan hasil berbeza, bergantung pada kandungan tanin semula jadi masing-masing.

“Proses menghasilkan eco-print ini renyah dan memerlukan masa. Fabrik perlu melalui proses prarawatan menggunakan bahan seperti  ferus sulfat, zink atau aluminium sulfat sebelum daun dan bunga disusun di atas kain.

“Kain perlu direndam dulu (dalam bahan-bahan tadi), kemudian kita susun daun dan gulung. Selepas itu dikukus sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam supaya warna benar-benar meresap pada fabrik. Suhu serta bahan semula jadi memainkan peranan penting dalam menentukan hasil warna, termasuk untuk mendapatkan ton lebih gelap seperti hitam yang memerlukan kandungan tanin tinggi atau proses celupan berulang,” katanya.

ANTARA produk yang dihasilkan menggunakan teknik eco-print di kediamannya di Benut, hari ini. Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, seorang anak muda membuktikan bahawa daun dan bunga bukan sekadar elemen alam, sebaliknya mampu diangkat menjadi seni cetakan fabrik bernilai tinggi melalui teknik eco-print. Foto Bernama

Mampu menghasilkan antara enam hingga 12 helai kain sehari, beliau berkat fabrik tersebut dijadikan baju, tudung, kardigan serta pelbagai lagi, yang dijual pada harga antara RM50 hingga RM400, bergantung pada jenis material.

Misbaahussalam berkata produk tersebut dijual secara langsung pada program kraf dan festival termasuk di lokasi tumpuan pelancong seperti Pasar Seni Kuala Lumpur.

Berkongsi kenangan manis sepanjang penglibatannya dalam seni itu, beliau berkata kejayaan menjulang Piala Seri Endon 2023 bagi kategori Kemasan Lembut merupakan antara pencapaian yang tidak dapat dilupakan.

PENGUSAHA Misbaahussalam Zakaria menunjukkan produk berkualiti tinggi menggunakan teknik eco-print, yang terhasil daripada susunan teliti bunga dan daun di kediamannya di Benut, baru-baru ini. Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, seorang anak muda membuktikan bahawa daun dan bunga bukan sekadar elemen alam, sebaliknya mampu diangkat menjadi seni cetakan fabrik bernilai tinggi melalui teknik eco-print. Foto Bernama

“Pertandingan yang begitu gah, mengumpulkan pereka fesyen, penggiat seni dan usahawan batik dari seluruh negara, menjadi satu pengalaman cukup berharga buat saya yang baru setahun jagung dalam industri ini,” katanya.

Walaupun kraf yang dihasilkan semakin mendapat perhatian, Misbaahussalam berkata beliau berdepan cabaran dari segi modal, khususnya untuk memiliki premis sendiri dan juga meningkatkan pengeluaran.

“Saya merancang untuk memperluaskan pengeluaran, mewujudkan bengkel sendiri serta melatih lebih ramai ahli komuniti termasuk ibu tunggal dalam bidang eco-print,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inovasi sangkar dan pengurusan ternakan arnab jadi kunci kejayaan Mohamad Shah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.