Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usaha hantar bekalan makanan diteruskan
  • TEMPATAN

Usaha hantar bekalan makanan diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

MATU: Pusat Khidmat Parlimen Igan akan mengurus dan meneruskan penghantaran bekalan makanan ke kampung di kawasan DUN DARO dan Jemoreng.

Kerja pembungkusan dan penghantaran akan diurus oleh kakitangan Pusat Khidmat Igan dan dibantu kakitangan Pusat Khidmat DUN Daro mengikut senarai penerima yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Matu Dan Daerah Daro.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi ketika dihubungi oleh pemberita memberitahu, segala perolehan bekalan barangan makanan untuk Parlimen Igan telah dibekal dan diurus oleh Jabatan Kebajikan Mukah melalui peruntukan Ahli Parlimen.

“Kami berusaha membuat penghantaran secepat mungkin walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Antara masalah yang dihadapi adalah ketiadaan beberapa bekalan makanan di pasaran ketika ini seperti beras paket 5 kilogram. Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil bagi mempercepatkan penghantaran makanan,” jelasnya.

Beliau berharap, mereka yang masih belum menerima bantuan makanan tersebut supaya bersabar.

“Kami akur beberapa kampung lagi yang belum menerimanya. Pihak Pusat Khidmat Igan, Pusat Khidmat DUN Daro dan DUN Jemoreng serta pihak Jawatankuasa Bencana Daerah Matu Dan Daerah Daro sedang melakukan yang terbaik untuk semua.

“Didoakan semoga Allah SWT memudahkan urusan ini dan kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT dan dijauhi daripada penyakit Covid 19,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: OPA sumbang 100 PPP kepada hospital, klinik
Next: Operasi sanitasi diteruskan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.