Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UPMS terus harumkan nama universiti, muncul naib johan FTLA ke-36 Zon Utara
  • Utara
  • WILAYAH

UPMS terus harumkan nama universiti, muncul naib johan FTLA ke-36 Zon Utara

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN…Tahniah diucapkan kepada Santri D’Wangsa Putra, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), atas kejayaan merangkul naib johan Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) Ke-36 Peringkat Zon Utara 2026. Foto UPMS

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus mencipta kejayaan apabila kumpulan tariannya, Santri D’Wangsa Putra, muncul naib johan dalam Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) Ke-36 Peringkat Zon Utara 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, UPMS, pada 3 hingga 4 Julai lalu.

Pencapaian itu lebih membanggakan apabila ia merupakan penyertaan sulung UPMS dalam festival berprestij berkenaan, sekali gus membolehkan pasukan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 serta piala dan sijil penghargaan.

Seramai 12 mahasiswa mewakili UPMS dalam pertandingan tersebut dengan mempersembahkan tarian yang mengetengahkan keindahan budaya Iban di Borneo menerusi koreografi kreatif yang sarat dengan nilai seni dan penghayatan budaya.

Hadiah kemenangan telah diterima oleh Pengarah UPMS, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini bersama Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar, Mohamad Syukri Mohamad Adnan yang hadir mewakili pengurusan universiti pada majlis penyampaian hadiah.

Festival yang menghimpunkan enam kumpulan dari Zon Utara Sarawak itu menjadi platform untuk peserta menampilkan kreativiti menerusi persembahan yang mencerminkan kekayaan warisan budaya dan identiti etnik di Borneo. Dalam pertandingan tersebut, Gahrentak Arts and Culture dari Miri dinobatkan sebagai johan, manakala Majestic Shades Dancer dari Bintulu meraih tempat ketiga.

UPMS dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan sepanjang persiapan pertandingan sehingga kejayaan itu dapat direalisasikan. Kejayaan berkenaan turut membuktikan mahasiswa universiti bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah berpotensi menjadi duta seni dan budaya yang mampu bersaing di pentas lebih tinggi.

Universiti itu turut berharap pencapaian tersebut terus menjadi pemangkin kepada Santri D’Wangsa Putra untuk melangkah lebih jauh pada peringkat akhir FTLA Sarawak serta terus mengangkat martabat seni dan budaya negeri di persada yang lebih luas.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFC perkukuh kerjasama dengan pemburu buaya berlesen tangani konflik manusia-buaya
Next: Sebauh Agrofest 2026 kembali, fokus perkasa sektor pertanian tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.