Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UPMKB terima kunjungan JTS Bintulu sempena lawatan Penanda Aras EKSA
  • Utara
  • WILAYAH

UPMKB terima kunjungan JTS Bintulu sempena lawatan Penanda Aras EKSA

Utusan Sarawak 21 hours ago
WAKIL Jabatan Tanah dan Survei Bintulu bersama warga UPMKB bergambar kenangan sempena Lawatan Penanda Aras EKSA di Perpustakaan UPMKB, Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bintulu sempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berlangsung di Perpustakaan UPMKB.

Menurut kenyataan UPMKB, lawatan tersebut disertai seramai 20 orang delegasi yang diketuai oleh Penguasa JTS Bintulu, Haslinda Hamdan. Tujuan lawatan adalah untuk menimba pengetahuan serta meneliti secara dekat pelaksanaan amalan EKSA yang sedang dijalankan di kampus berkenaan.

Ketua Pentadbiran yang juga Pengerusi EKSA UPMKB, Noor Hakim Ahmad, dalam kenyataan itu menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut yang disifatkan bukan sahaja sebagai lawatan rasmi, tetapi juga sebagai platform untuk pertukaran idea dan pengalaman.

“Sebagai ‘orang baharu’ dalam pelaksanaan EKSA, UPMKB amat berbesar hati menerima lawatan ini agar dapat melakukan lebih banyak penambahbaikan pada masa akan datang,” katanya.

Turut diadakan semasa lawatan ialah sesi perkongsian amalan EKSA oleh Penyelaras EKSA UPMKB, Surimah Basri, diikuti sesi soal jawab serta lawatan ke beberapa zon EKSA di Perpustakaan dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains.

Lawatan yang turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Induk EKSA UPMKB ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasakan pelaksanaan amalan EKSA di kedua-dua jabatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SSLR Fasa Dua pacu pembangunan infrastruktur luar bandar di Limbang
Next: Pupuk tanggungjawab kekalkan persekitaran bersih, bebas sampah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.