Pupuk tanggungjawab kekalkan persekitaran bersih, bebas sampah

Facebook
WhatsApp
WARGA SK Tanjung Batu bergambar kenangan bersama penceramah dan wakil agensi selepas tamat Ceramah Kesedaran Anti Kutu Sampah (AKS) di dewan sekolah tersebut, baru-baru ini.

BINTULU: Seramai 980 murid dan 41 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu menyertai Program Ceramah Kesedaran Anti Kutu Sampah (AKS) yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan menjaga kebersihan selain memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam mengekalkan persekitaran yang bersih dan bebas sampah.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penganjuran program itu menerima sambutan amat menggalakkan daripada pihak sekolah.

CERAMAH AKS disampaikan oleh pegawai penguat kuasa mengenai jenis sampah dan undang-undang kebersihan tempatan menarik perhatian murid SK Tanjung Batu.

“Terima kasih kepada pihak sekolah atas sambutan yang sangat menggalakkan. 

“Semoga mesej yang disampaikan dapat diterapkan dalam amalan seharian semua warga sekolah,” katanya.

Ujar kenyataan itu, program sedemikian penting dalam membentuk budaya sivik dalam kalangan pelajar, seiring aspirasi untuk menjadikan Bintulu sebagai hab industri rendah karbon menjelang 2030.

Oleh Carolyne Utih