Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UPMKB serah sumbangan kepada mangsa kebakaran RPR Sibiew, Sungai Plan
  • Utara
  • WILAYAH

UPMKB serah sumbangan kepada mangsa kebakaran RPR Sibiew, Sungai Plan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PIHAK Perpustakaan UPMKB menyerahkan sumbangan pakaian terpakai kepada Bonnyisa Eva mewakili pasukan sukarelawan untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran di RPR Sibiew dan Sungai Plan, Bintulu.

BINTULU: Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menyerahkan sumbangan pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sibiew dan kawasan setinggan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong yang terjejas dalam insiden baru-baru ini.

Sumbangan itu merupakan hasil inisiatif Infaq Komuniti yang dikendalikan oleh pihak perpustakaan melibatkan kutipan daripada warga kampus dan orang ramai. 

Sebanyak 10 kotak pakaian disumbangkan dan diserahkan kepada wakil pasukan sukarelawan, Bonnyisa Eva untuk diagihkan kepada mangsa yang memerlukan.

Menurut Bonnyisa, bantuan seumpama itu sangat bermakna dalam membantu meringankan beban keluarga terlibat yang kehilangan tempat tinggal serta harta benda akibat kebakaran.

Inisiatif tersebut, katanya lagi, mencerminkan semangat kebersamaan masyarakat Bintulu yang tidak pernah berbelah bahagi dalam membantu golongan terjejas. 

Usaha murni itu dilihat sejajar dengan aspirasi UPM untuk terus berbakti kepada masyarakat melalui pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan dan solidariti.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM300,000 naik taraf kemudahan infrastruktur persatuan
Next: Tiga projek bangunkan SK Haji Junid Gerigat siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.