Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Upacara penukaran Kiswah Kaabah selesai dalam tempoh tiga jam
  • GLOBAL

Upacara penukaran Kiswah Kaabah selesai dalam tempoh tiga jam

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR menunjukkan Kiswa baharu, kain berwarna hitam yang diperbuat daripada sutera dan disulam dengan benang emas yang menutupi Kaabah, di Masjidil Haram di kota suci Makkah pada 16 Jun 2026 sempena sambutan Tahun Baharu Islam. Foto AFP

MAKKAH: Pihak Berkuasa Awam Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi berjaya menyelesaikan upacara penukaran Kiswah Kaabah bagi tahun 1448 Hijrah dalam tempoh hanya tiga jam.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pencapaian itu mencerminkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta kepakaran nasional yang maju dalam mengendalikan satu daripada operasi teknikal dan pengurusan yang paling rumit berkaitan Kaabah.

PEKERJA Arab Saudi memasang Kiswah baharu, kain berwarna hitam yang diperbuat daripada sutera dan disulam dengan benang emas yang menutupi Kaabah, di Masjidil Haram di kota suci Makkah pada 16 Jun 2026, sempena sambutan Tahun Baharu Islam. Foto AFP

Upacara pada tahun ini mencerminkan pengumpulan kepakaran nasional dan perkembangan kecekapan operasi dari tahun ke tahun, dengan usaha penambahbaikan berterusan berjaya memendekkan masa pelaksanaan sambil mengekalkan kualiti prestasi serta keselamatan prosedur mengikut piawaian teknikal dan organisasi tertinggi.

Ia turut menonjolkan profesionalisme dan keupayaan kepakaran Arab Saudi dalam mengendalikan operasi khusus yang memerlukan ketelitian tinggi, sekali gus mencerminkan keprihatinan kepimpinan negara yang bijaksana terhadap Dua Masjid Suci serta segala urusan berkaitan perkhidmatannya. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu
Next: Perancis umum larangan telefon di sekolah menengah mulai September

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.