Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Upacara penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah bermula 10.00 pagi – Khairy
  • NASIONAL

Upacara penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah bermula 10.00 pagi – Khairy

Utusan Sarawak 1 month ago

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diletakkan di ruang solat utama bagi penghormatan terakhir di Masjid Negara hari ini. Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh mula hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bermula 10.00 pagi ini di Masjid Negara.

Menantu Allahyarham Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin berkata penghormatan terakhir itu diawalkan daripada waktu asal iaitu 11.00 pagi memandangkan semua urusan pengurusan jenazah telah selesai dilaksanakan.

JENAZAH Perdana Menteri Malaysia kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diletakkan di ruang solat utama di Masjid Negara hari ini. Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Abdullah boleh berbuat demikian di Masjid Negara, dari 11 pagi hingga 1 tengah hari. Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. Foto BERNAMA

“Alhamdulillah, pengurusan jenazah telah selesai dan persiapan pihak Masjid Negara juga telah pun siap sepenuhnya bagi pelaksanaan Istiadat Pengebumian Negara. Oleh itu, kita bersetuju untuk mengawalkan waktu agar orang ramai dapat hadir memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada pemberita di perkarangan Masjid Negara, di sini.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pak Lah angkat badan kehakiman ke persada lebih dihormati, tubuh SPK – Tun Zaki
Next: Tun Abdullah pemimpin mesra, amalkan pendekatan tidak agresif – Syed Hamid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.