Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Upacara pengebumian Paus Francis bermula di Vatican disaksikan 140,000 orang
  • GLOBAL

Upacara pengebumian Paus Francis bermula di Vatican disaksikan 140,000 orang

Utusan Sarawak 2 weeks ago
GAMBAR yang diambil dari Basilika St Peter menunjukkan pemandangan umum keranda mendiang Pope Francis semasa upacara pengebumian di Dataran St Peter, di Vatican, pada 26 April 2025. -Foto AFP
 

ROM: Kira-kira 140,000 orang berkumpul di sekitar Dataran St Peter di Vatican bagi menghadiri upacara pengebumian Paus Francis, menurut agensi berita Itali, ANSA, pada Sabtu.

Upacara pengebumian di Basilika St Peter bermula pada 10.00 pagi (0800 GMT), dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Keranda Francis dibawa keluar dari Basilika St Peter ke dataran dan diletakkan di hadapan altar.

Orang ramai memenuhi Dataran St Peter serta jalan-jalan berhampiran yang menuju ke Vatican.

Selepas Misa, keranda Paus akan dibawa semula ke dalam Basilika St Peter sebelum satu perarakan diadakan ke Basilika Saint Mary Major, tempat yang sering dikunjungi beliau sepanjang 12 tahun pentadbirannya sebagai Paus.

Puluhan ribu orang dijangka memenuhi laluan sejauh enam kilometer melalui pusat bandar raya Rom, yang akan melalui tempat-tempat terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum.

Orang ramai turut memenuhi kawasan di hadapan tempat pengebumian itu, beberapa jam sebelum keranda Francis dijangka tiba sekitar 1.00 tengah hari. -Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ekspo Dunia di Osaka mencecah 1.02 juta pengunjung
Next: Letupan besar gegarkan pelabuhan di selatan Iran, punca masih disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.