Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Universiti Oxford bangunkan vaksin untuk mencegah kanser ovari
  • GLOBAL

Universiti Oxford bangunkan vaksin untuk mencegah kanser ovari

Utusan Sarawak 7 months ago

Penyelidikan bertujuan untuk mengetahui protein pada permukaan sel kanser ovari peringkat awal yang paling dikenali oleh sistem imun dan sejauh mana keberkesanan vaksin membunuhnya

LONDON: Kumpulan saintis di Universiti Oxford, diketuai Profesor Ahmed Ahmed sedang membangunkan vaksin baharu bagi mencegah kanser ovari dikenali sebagai OvarianVax. 

Ahmed berkata, dunia memerlukan strategi lebih baik untuk mencegah kanser ovari.

“Wanita dengan mutasi BRCA1/2 yang berada pada risiko sangat tinggi kini ditawarkan untuk menjalani pembedahan bagi mencegah kanser, namun menyebabkan mereka tidak berpeluang memiliki anak selepas prosedur berkenaan. 

“Pada masa sama, banyak kes kanser ovari lain tidak dikesan hingga mereka berada pada peringkat yang jauh lebih lewat. 

“Kami kini memiliki alat sangat canggih yang memberi wawasan sebenar mengenai sistem imun mengenal pasti kanser ovari,” katanya. 

Penyelidikan berkenaan menerima geran bernilai hingga £600,000 (RM3.36juta) dari Cancer Research UK bagi tempoh tiga tahun akan datang dengan ujian klinikal akan dijalankan, jika ia berjaya. 

Vaksin itu akan membolehkan sistem imun mengenal pasti dan menyerang peringkat awal kanser ovari, menjadikannya berpotensi untuk mencegah kanser berkenaan dari awal. 

Penyelidikan itu bertujuan mengetahui jenis protein di permukaan sel kanser ovari peringkat awal yang paling dikenali sistem imun dan tahap keberkesanan vaksin membunuh organoid, model mini kanser ovari. – AFP

Continue Reading

Previous: Protes di seluruh dunia, desak gencatan senjata perang di Gaza dan Lubnan
Next: Datuk Bandar Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.