Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Unit Bina Puri peroleh kontrak pembinaan RM156.44 juta di Sarawak
  • BISNES

Unit Bina Puri peroleh kontrak pembinaan RM156.44 juta di Sarawak

Utusan Sarawak Posted on 3 months ago
ANAK syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, Bina Puri Builder Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM156.44 juta daripada Eastern Synergy Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, Bina Puri Builder Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM156.44 juta daripada Eastern Synergy Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Bina Puri memaklumkan unitnya dilantik sebagai kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf jalan raya termasuk pembersihan tapak, kerja-kerja tanah, kerja-kerja geoteknikal, saliran serta jambatan di Samarahan, Sarawak.

“Tempoh subkontrak tersebut adalah selama 30 bulan dan dijadualkan siap menjelang akhir suku keempat 2028,” katanya.

Penerimaan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan, pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, serta tahap kadar hutang syarikat.

-Bernama  

About the Author

Utusan Sarawak

Editor

View All Posts

Post navigation

Previous: Kebakaran belukar 2.83 hektar di Jepak berjaya dikawal
Next: Dubai siapkan ‘vertiport’ teksi udara bersepadu pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.