Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIMAS rekod 51,986 graduan dari 52 negara sejak 1997
  • TEMPATAN

UNIMAS rekod 51,986 graduan dari 52 negara sejak 1997

Utusan Sarawak 3 years ago

KUNJUNGAN HORMAT... Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini pada Selasa, bagi menjemput merasmikan istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-26 yang diadakan mulai 31 Oktober hingga 3 November.

KUCHING: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-26 akan menyaksikan 3,972 graduan menerima skrol ijazah masing-masing yang diadakan mulai 31 Oktober hingga 3 November.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata daripada jumlah itu, 3,404 akan menerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah (526) dan diploma lepasan ijazah dalam pendidikan tinggi (42).

Setakat ini, UNIMAS merekodkan 51,986 graduan dari 52 negara di seluruh dunia sejak majlis konvokesyen pertama pada 1997.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini pada Selasa, bagi menjemput merasmikan istiadat konvokesyen itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menghadiri majlis pada hari kedua, manakala Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadual menghadiri hari ketiga konvokesyen.

Pada masa sama, Mohamad Kadim berkata, konvokesyen kali ini turut menyaksikan 38 pelajar program perubatan tamat pengajian dan layak menerima ijazah.

“Mereka ini merupakan anak-anak Sarawak yang mana ini merupakan satu usahasama antara UNIMAS, Yayasan Sarawak dan juga Kerajaan Negeri bagi menangani isu-isu kekurangan pegawai perubatan,” jelasnya.

Tahun ini adalah kumpulan pertama yang menamatkan pengajian dan telah memulakan pengajian sejak 2017.

Continue Reading

Previous: SPR Sarawak seru lebih ramai keluar mengundi pada PRU-15
Next: Calon Puncak Borneo masih teka-teki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.