SPR Sarawak seru lebih ramai keluar mengundi pada PRU-15

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berharap peratusan keluar mengundi di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang diadakan pada 18 Disember tahun lepas.

Pengarah SPR Negeri, Abang Noraffian Abang Ibrahim tanpa menyatakan sasaran peratusan tersebut, menyeru agar semua penduduk Sarawak yang layak mengundi, agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi PRU-15 yang ditetapkan pada 19 November ini.

“Untuk persiapan (PRU-15) SPR (di peringkat negeri) memang telah buat… cuma untuk maklumat lanjut berkaitan PRU, Ibu Pejabat SPR akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurut data terkini SPR, Sarawak mencatatkan 1.94 juta pengundi bagi PRU-15, manakala dalam PRN-12, seramai 759,627 rakyat Sarawak atau 60.67 peratus daripada pemilih berdaftar ketika itu telah keluar mengundi.

SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal bagi pilihan raya kali ini masing-masing pada 5 dan 15 November ini.

Dalam pada itu, Abang Noraffian yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak berkata, sesi kunjungan hormat itu bagi memaklumkan pelantikannya ke jawatan baharu, berkuat kuasa 29 September lepas. – Bernama

Menelusuri keindahan Gua Pari-Pari di Bau

BAU: Tersembunyi di sebalik bukit batu kapur, Gua Pari-Pari menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka khazanah alam yang seolah-olah

Cristiano Ronaldo kahwini Georgina Rodriguez

PARIS, Perancis: Cristiano Ronaldo dan pasangan jangka panjangnya, Georgina Rodriguez, melangsungkan perkahwinan pada Selasa dalam satu majlis di pusat peranginan