Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIMAS, DBKU rancang anjur Pameran Seni Islam skala besar
  • TEMPATAN

UNIMAS, DBKU rancang anjur Pameran Seni Islam skala besar

Utusan Sarawak 4 months ago
SIMBOLIK… Dato Hilmy Othman ketika merasmikan Pameran Seni Islam di pusat beli-belah Majma, hari ini.

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk menganjurkan Pameran Seni Islam pada skala yang lebih besar di masa akan datang.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, berkata, pihaknya akan berusaha melibatkan penggiat seni dari seluruh negara serta peringkat antarabangsa.

LAWAT… Dato Hilmy Othman ketika melawat reruai pameran di Pameran Seni Islam.

“Pameran ini merupakan permulaan kepada kolaborasi strategik antara DBKU dan UNIMAS untuk mengetengahkan seni Islam secara menyeluruh kepada masyarakat.

“Matlamatnya adalah memastikan masyarakat diberi peluang untuk melihat dan menghargai karya seni bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran tersebut di pusat beli-belah Majma di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hilmy menjelaskan bahawa pameran yang berlangsung pada hari ini hingga 20 Januari merupakan platform untuk memperkenalkan dan memartabatkan keindahan serta kekayaan seni dan budaya Islam.

“Pihak DBKU sentiasa komited untuk memelihara, mempromosikan, dan menyokong segala usaha yang melibatkan seni, budaya, dan warisan, terutamanya kebudayaan Islam yang telah memberi impak besar kepada masyarakat di seluruh dunia.

“Pameran seni Islam bukan sekadar paparan estetik semata-mata, tetapi juga berfungsi sebagai medium pendidikan, penyebaran nilai-nilai kerohanian, dan pembinaan jati diri dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, DBKU memainkan peranan penting dalam menyediakan platform dan ruang untuk menghidupkan pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan.

“Oleh itu, kami berasa amat bangga dapat bekerjasama dengan UNIMAS dalam penganjuran pameran ini.

“Pameran seni Islam juga bukan sekadar pameran seni visual semata-mata, ia berfungsi sebagai saluran yang menghubungkan masyarakat dengan nilai-nilai kerohanian Islam yang mendalam,” katanya.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KPPR teruskan legasi seniman agung
Next: 450 bakul makanan diagih sempena TBC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.