450 bakul makanan diagih sempena TBC

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian bersama Wilfred Yap Yau Sin (lima kanan) mengagihkan bakul makanan kepada salah seorang penerima di 38 Food Street Cafe, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Chang Hot Chai  (kiri), Pengerusi Penganjur Pung Siok Eng (kanan), Dato Sri Chan, Dato Sri Voon (tiga kanan), Kapitan Tan Kun Gee dan Penasihat Dato Sim Kiang Chiok (dua kanan).

KUCHING: Sebanyak 450 pek bakul makanan diagihkan kepada masyarakat berbangsa Cina di 38 Food Street Cafe sebagai persediaan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang.
Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching-Samarahan mengadakan program tersebut bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Penyerahan bakul makanan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin semalam.
Menurut kenyataan media, agihan bantuan makanan tersebut merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan rakyat yang kurang berkemampuan dapat sama-sama merasai kenikmatan perayaan Tahun Baharu Cina.
Dalam pada itu, usaha itu juga telah dilakukan sejak negara dilanda pandemik Covid-19, yang mana ia meneruskan program Bantuan Pek Makanan dan Bantuan Makanan Penyayang.
“Melalui usaha ini serta pengagihan bantuan makanan tahunan, kami telah menyediakan catuan makanan tanpa syarat kepada mereka yang memohon kepada persatuan,” kata kenyataan media tersebut.

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang