Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIFOR bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak
  • TEMPATAN

UNIFOR bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH GPS… Wakil gereja kecil dan gereja besar bergambar kenangan bersama Datuk Mong Dagang sambil memegang sampul berisi cek bantuan UNIFOR pada Program Randau GPS Bersama Komuniti di Gua Ming, Sri Aman pada Isnin lepas.

SRI AMAN: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) adalah merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan penganut agama bukan Islam di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, menerusi UNIFOR, kebajikan golongan tersebut akan dapat dipelihara dan seterusnya menyumbang kepada keharmonian negeri ini.

“Mantan Ketua Menteri, Allahyarhan Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem tahu bahawa kebajikan agama penduduk semua kaum dalam negeri ini perlu dipelihara dan seterusnya bertindak menubuhkan UNIFOR pada 2017.

“UNIFOR masih lagi menjalankan fungsinya sehingga kini dengan kebajikan penganut termasuk hal ehwal rumah-rumah ibadat mereka akan terus diambil berat oleh kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari masa ke semasa,” kata beliau.

Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Randau GPS Bersama Komuniti yang berlangsung di Rumah Merawie, Gua Ming di sini pada Isnin lepas.

Selain itu, beliau pada program itu juga menyeru penduduk agar bertindak membantu kerajaan GPS mempertahankan keharmonian negeri ini dengan menolak kehadiran fahaman pelampau agama dan politik di kawasan masing-masing.

“Berhubung perkara ini, penduduk haruslah berhati-hati ketika menghadam apa jua jenis maklumat mengaitkan agama atau politik yang diperoleh menerusi media sosial di komputer atau telefon pintar masing-masing.

“Jangan biarkan maklumat itu boleh mengelirukan pemikiran diri anda. Carilah sumber sahih untuk sesuatu isu itu terlebih dahulu demi kelangsungan kesejahteraan hidup penduduk dan kestabilan politik negeri ini pada masa akan datang,” kata Mong.

Terdahulu, beliau pada program itu telah pun menyerahkan cek bantuan UNIFOR bagi Fasa I 2020 yang mencatat nilai keseluruhan sebanyak RM950,000 kepada enam gereja kecil dan dua gereja besar dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan.

Penerima berkenaan adalah All Saint Chapel di Gua, Saint Peter Chapel di Kubau, Pantu, Chapel Saint Maria di Panggil, Saint John Chapel di Melugu Skim, Saint Andrew Chapel di Sungai Ai, Gereja Saint Paul di Banting, Lingga, Gereja Saint Martin di Lachau, Pantu dan Chapel Saint James di Sungai Besai Asal juga di Pantu.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Sarawak agih RM950,000 untuk UNIFOR
Next: Capai sasaran ditetapkan oleh kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.