Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • UMNO, PAS setuju bangkit isu kalimah Islam
  • NASIONAL

UMNO, PAS setuju bangkit isu kalimah Islam

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Mac -- (Dari kiri) Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika keluar dari Menara Dato Onn selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Dari kiri) TIMBALAN Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika keluar dari Menara Dato Onn selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional malam Rabu lepas. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung malam Rabu lepas menggesa kerajaan membawa keputusan penghakiman berhubung isu penggunaan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MN, gabungan itu menyatakan keprihatinan amat serius terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.

“Mesyuarat juga menggesa kerajaan Persekutuan untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan mesyuarat juga bersetuju untuk terus mengukuhkan MN.

Kenyataan media itu diedarkan Setiausaha Agung UMNO merangkap Setiausaha Agung MN Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi aplikasi Whatsapp dan laman Twitternya.

Mahkamah Tinggi di sini Rabu lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Terdahulu mesyuarat MN berkenaan antara UMNO dan PAS berlangsung kira-kira tiga jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, antara lain membincangkan agenda pemerkasaan gabungan itu.

Mesyuarat dipengerusikan bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan disertai 12 ahli pimpinan tertinggi masing-masing dari kedua-dua parti. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya
Next: Aplikasi cHEART ‘produk baharu’ PIK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.