Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Umat Islam digalak miliki takwim hijrah
  • NASIONAL

Umat Islam digalak miliki takwim hijrah

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Hijrah Merdeka dan Pelancaran Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda hari ini --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Hijrah Merdeka dan Pelancaran Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Setiap keluarga umat Islam digalakkan memiliki takwim hijrah  di kediaman masing-masing sebagai rujukan ataupun kompas kehidupan yang berkait dengan syariat Islam serta peringatan kepada tarikh  penting dalam kalendar Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr  Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, segala ibadah dalam Islam perlu merujuk kepada tahun hijrah, dan  takwim berkenaan  amat penting dalam menentukan segala hari kebesaran,  haul  zakat, tempoh  iddah dan  umur baligh.

“Takwim memainkan peranan amat kritikal dalam pengurusan kehidupan manusia. Ia merupakan sistem masa berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan serta urusan pentadbiran kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Takwim Hijrah Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS)  di sini semalam.

Pada majlis itu, PICOMS, sebuah institut pengajian  tinggi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), melancarkan sebuah kalendar  Takwim Hijrah melalui kerjasama dengan I Quest Training & Consultancy   yang mempunyai ciri-ciri istimewa khusus kepada umat Islam sebagai panduan dan rujukan seharian. 

Antara ciri dipaparkan  takwim itu  ialah sistem warna digunakan dan infografik serta simbol unik bagi menunjukkan tarikh penting dalam kalendar umat Islam, maklumat hari sesuai melakukan puasa sunat dan  membaca al-Quran, selain hari perayaan, cuti umum dan persekolahan.

Zulkifli berkata  Kempen 1 Rumah 1 Taqwim yang dilancarkan PICOMS juga  wajar diperluaskan agar seluruh masyarakat Malaysia mendapat makluman dan manfaat menggunakan takwim Islam itu  dalam kehidupan seharian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peniaga tidak wajib rekod suhu badan pelanggan
Next: Penyertaan Bersatu dalam MN positif untuk politik negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.