Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sembunyi bawah sofa berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sembunyi bawah sofa berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 17 hours ago
DITANGKAP… Ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seekor ular bersembunyi di bawah sofa salah sebuah rumah di Jalan Abang Amin berjaya ditangkap oleh pihak bomba pada petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.33 petang semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mijan Pamin bergegas ke lokasi. 

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mengesan dan menjalankan operasi menangkap ular,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular dalam tempoh lebih kurang enam minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 5.49 petang. 

“Ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Azman Eline juara Iftitah Grand Prix Siri Dua
Next: 55 pain darah berjaya dikumpul sempena Hari Penderma Darah Sedunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.