Ular sawa ‘bersantai’ di kedai kek ditangkap

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DITANGKAP… Anggota bomba menangkap ular sawa di bahagian dapur sebuah kedai kek, pagi tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pekerja sebuah kedai kek di sini gempar apabila seekor ular sawa ditemui di bahagian dapur premis tersebut pada pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada 7.05 pagi.

“Tiga orang anggota bomba bertugas bergerak ke lokasi penemuan ular selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sampai di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa berada di bahagian dapur premis tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi menangkap ukar sawa bermula 7.09 pagi.

“Pasukan bomba bertindak menangkap ular sawa menggunakan penjerut ular.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.26 pagi selepas ular berjaya ditangkap,” katanya.
Oleh Earl Anek

Perpaduan, belia pemacu kemajuan Sarawak

SERIAN: Semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan penglibatan aktif golongan belia perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat diteruskan