Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik 4.3 meter ‘sembunyi’ bawah rumah ditangkap APM Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa batik 4.3 meter ‘sembunyi’ bawah rumah ditangkap APM Spaoh

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang sekitar 4.3 meter di Kampung Tengah Bungin, Spaoh, malam ini. Foto: APM Spaoh.

BUNGIN: Seekor ular sawa batik sepanjang sekitar 4.3 meter berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Spaoh dalam satu operasi khas di Kampung Tengah Bungin, Spaoh, malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 7.21 malam selepas seorang penduduk melihat kelibat reptilia itu berada di bawah rumah kediamannya.

Menurut beliau, pengadu yang dikenali sebagai Mahruf kemudian meminta bantuan APM Spaoh untuk menangkap ular berkenaan kerana bimbang ia boleh mengancam keselamatan penghuni rumah.

ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang sekitar 4.3 meter di Kampung Tengah Bungin, Spaoh, malam ini. Foto: APM Spaoh.

Katanya, sepasukan empat anggota APM segera digerakkan ke lokasi pada 7.25 malam dan tiba sekitar 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menangkap reptilia tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati ular sawa batik itu berada di bawah rumah dalam longgokan kayu sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi menangkap ular itu dilakukan menggunakan teknik menjerut dengan bantuan peralatan khas termasuk penyepit ular dan penjerut bagi memastikan keselamatan anggota serta penduduk setempat.

ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang sekitar 4.3 meter di Kampung Tengah Bungin, Spaoh, malam ini. Foto: APM Spaoh.

Tambahnya, ular tersebut akhirnya berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden tidak diingini sebelum dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi itu, APM turut menggunakan sebuah ambulans pacuan empat roda selain beberapa peralatan keselamatan bagi memastikan proses menangkap reptilia terbabit berjalan lancar dan terkawal.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh halang jalan utama ke dua rumah panjang di Mujau Keranggas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.