Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular ditangkap dalam rumah penduduk di Jalan Sungai Padi
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular ditangkap dalam rumah penduduk di Jalan Sungai Padi

Utusan Sarawak 2 hours ago
BERJAYA DITANGKAP….Anggota bomba berjaya menangkap ular dalam rumah di Jalan Sungai Padi, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Bomba Bintangor bertindak pantas menangkap seekor ular yang memasuki sebuah rumah di Jalan Sungai Padi, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.09 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bahani Baijuri bergegas ke lokasi.

“Setibanya dilokasi, didapati seekor ular masih berada di dalam rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 13 minit.

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 9.34 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS ingatkan penganjur acara bersihkan sisa mercun dan bunga api dalam 24 jam
Next: Bomba Sarikei pantau paras air di Jalan Feri Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.