Ular ditangkap dalam rumah penduduk di Jalan Sungai Padi

Facebook
WhatsApp
BERJAYA DITANGKAP….Anggota bomba berjaya menangkap ular dalam rumah di Jalan Sungai Padi, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Bomba Bintangor bertindak pantas menangkap seekor ular yang memasuki sebuah rumah di Jalan Sungai Padi, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.09 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bahani Baijuri bergegas ke lokasi.

“Setibanya dilokasi, didapati seekor ular masih berada di dalam rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 13 minit.

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 9.34 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah