Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular cincin emas 1.5 meter sembunyi di tiang elektrik berjaya ditangkap APM
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular cincin emas 1.5 meter sembunyi di tiang elektrik berjaya ditangkap APM

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menangkap seekor ular cincin emas sepanjang kira-kira 1.5 meter yang ditemui di tiang elektrik di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanjung, Saratok, semalam. Foto APM Saratok

SARATOK: Kehadiran seekor ular cincin emas sepanjang 1.5 meter yang dikesan bersembunyi di sebatang tiang elektrik di Kampung Tanjung mencetuskan detik cemas buat seorang warga emas di sini, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu, Mohammad Jamali, 71, pada 10.10 pagi.

Pengadu memaklumkan melihat kelibat reptilia tersebut berada di tiang elektrik yang terletak tepat di hadapan halaman rumahnya lalu segera meminta bantuan pihak APM untuk tindakan lanjut.

“Sejurus menerima panggilan, sebuah skuad penyelamat yang dianggotai oleh tiga anggota iaitu Prajurit Christoper Reccie Asu, Prajurit Holleyness Alek dan Prajurit Jeffery Kedit Kayan telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan jarak perjalanan sejauh tiga kilometer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota penyelamat tiba di lokasi pada 10.15 pagi dan mengesahkan keberadaan ular berbisa tersebut di tiang elektrik berkenaan.

Sebelum memulakan operasi, ketua skuad memastikan semua anggota memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang lengkap demi menjaga keselamatan.

“Menggunakan teknik menyepit, anggota APM Saratok hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menjinakkan dan menangkap ular sepanjang 1.5 meter itu dengan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 10.24 pagi, dan reptilia berkenaan telah dibawa balik ke PKOD Saratok menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 4,049 penerima nikmati pelbagai bantuan sosial di Bahagian Sarikei
Next: Isu bekalan air Kampung Gerigat perlu diselesaikan segera – Chee Kadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.