Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UKAS anjur Karnival Sukan Media Sarawak 2025 Zon Tengah sempena HAWANA
  • Tengah
  • WILAYAH

UKAS anjur Karnival Sukan Media Sarawak 2025 Zon Tengah sempena HAWANA

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Pengarah UKAS, Joachim Paggang Jabong mempengerusikan mesyuarat bagi mewaikili Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan. -Foto UKAS

SIBU: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan menganjurkan Karnival Sukan Media Sarawak (KASUMES) 2025 Peringkat Zon Tengah sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang dijadual berlangsung pada 15 Mei ini.

Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat UKAS Sibu pada Selasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah UKAS, Joachim Paggang Jabong bagi mewakili Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Menurut Joachim, mesyuarat ini amat penting dalam memastikan kelancaran penganjuran karnival yang buat julung kalinya dianjurkan oleh UKAS.

Katanya, karnival ini bukan sekadar acara sukan, malah berfungsi sebagai platform memperkukuh jaringan hubungan sesama pengamal media di Sarawak.

“Sebagai rakan strategik dalam dunia media, kita berkongsi matlamat memupuk semangat kesukanan, mempererat hubungan sesama warga media dan memperkasakan kerjasama demi pembangunan industri media yang lebih dinamik dan progresif,” jelasnya.

Karnival yang akan berlangsung di Sibu itu bakal menyaksikan dua acara sukan dipertandingkan iaitu pickleball dan futsal yang dipecahkan dalam tiga kategori iaitu Berpasangan Lelaki, Berpasangan Wanita dan Beregu Campuran.

Penganjuran KASUMES ini dijangka menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama antara organisasi media serta mempereratkan hubungan profesional dalam kalangan pengamal media seluruh Zon Tengah.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Komunikasi UKAS Ibu Pejabat, Wilma Stanley Geramong, Pegawai UKAS Bahagian Sibu, Jelani Ajang, Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi, wakil Jabatan Penyiaran Sibu, Desmond Surai, Pengerusi Persatuan Wartawan Sibu, Florence Nervyn, wakil Institut Wartawan Rajang, Watt Zacchaeus dan wakil Jawatankuasa Teknikal, Lorentossa Johnnie Tegong. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program inovatif RECIP3K beri manfaat kepada murid SK Tanjung Bijat
Next: Sibu tuan rumah Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia Pertama, September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.