Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya
  • GLOBAL

Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya

Utusan Sarawak 1 year ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapannya mengenai topik “Ekonomi Global dan Keadaan Dunia” di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC ke-30, semalam. FotoBERNAMA

SAN FRANCISCO: Ujian sebenar bagi seseorang pemimpin adalah semasa dia berkuasa, sama ada pemimpin itu berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan bukan semata-mata menjadi ‘penunggang’ agama atau moral.

“..kerana akhirnya anda dinilai orang ramai menerusi tindakan anda. Orang ramai berikan anda tempoh tertentu, tapi mereka perlu lihat sama ada anda benar-benar serius. 

“Semua pemimpin politik dinilai sama begitu, (termasuk) semua pemimpin pembangkang yang mendapat kuasa dengan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ditanya bagaimana pemimpin boleh pastikan bahawa mereka tidak ditenggelamkan oleh retorik, dapat fokus kepada isu sebenar dan bertanggungjawab terhadap generasi akan datang.

“Ujian sebenar ialah semasa anda berada pada kedudukan dipertanggungjawabkan, sama ada anda dapat menyempurnakan tanggungjawab. Kedua, sudah pasti berkenaan dasar ekonomi yang jelas,” katanya semasa sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan “Ekonomi Global dan Keadaan Dunia,” (The Global Economy and State of The World) di sini, semalam.  

Oleh itu, katanya, kepercayaan orang ramai sememangnya semakin terhakis apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.

“Jadi, anda betul, kerana keyakinan orang ramai terhadap pemimpin, mahupun pemimpin parti, semakin pudar disebabkan retorik, pious platitude.. apabila tidak ada tindakan konkrit,” katanya.

Anwar tiba di sini Isnin lalu untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) bermula kelmarin hingga esok, yang merupakan penampilan sulung beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat itu.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia tidak mahu OIC sekadar keluarkan kenyataan mengutuk semata-mata – Zambry
Next: Wabak taun terus merebak di Sudan – PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.