Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah tekankan penyelarasan rapi, cadangan Lebuh Raya Simanggang-Betong
  • TEMPATAN

Uggah tekankan penyelarasan rapi, cadangan Lebuh Raya Simanggang-Betong

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas menghadiri taklimat oleh JKR Bahagian Betong mengenai cadangan pembinaan lebuh raya baharu dari Jambatan Batang Lupar 2 di Bandar Simanggang ke Persimpangan Betong, semalam. Foto DUN Bukit Saban

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa setiap pelaksanaan projek infrastruktur utama di negeri ini perlu diselaraskan dengan teliti agar benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya di kawasan Betong dan Sri Aman.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong mengenai cadangan pembinaan lebuh raya baharu dari Jambatan Batang Lupar 2 di Bandar Simanggang ke Persimpangan Betong, yang dijangka menjadi pemangkin penting kepada peningkatan jaringan jalan raya dan pembangunan ekonomi kawasan tersebut.

Menurut Uggah, penyelarasan yang baik amat penting bagi memastikan setiap aspek projek termasuk reka bentuk, keselamatan pengguna dan kesesuaian laluan yang mengambil kira keperluan semasa rakyat.

“Kita tidak mahu projek ini hanya sekadar dibina, tetapi mestilah benar-benar memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Betong dan Sri Aman. Ia mesti disesuaikan dengan perkembangan semasa dan keperluan jangka panjang komuniti tempatan,” katanya.

Cadangan lebuh raya itu turut merangkumi pemasangan lampu isyarat di laluan menuju ke Hospital Betong dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong, bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, terutama pelajar dan pesakit.

Selain memendekkan masa perjalanan antara Sri Aman dan Betong, projek tersebut dijangka memperkukuh akses ke fasiliti penting dan membuka peluang ekonomi baharu dalam sektor pertanian, pelancongan serta perniagaan kecil.

Uggah menegaskan bahawa projek ini perlu dirancang selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menyasarkan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Cadangan itu kini berada di peringkat kajian teknikal dan perancangan awal, sebelum dimuktamadkan bagi pelaksanaan fasa seterusnya. 

Pihak berkuasa akan mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkaitan serta pemimpin tempatan bagi memperhalusi aspek pelaksanaan.

Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh dan Jurutera Bahagian Betong, Ng Boon Tuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perhimpunan Motosikal warnai Pesta Simunjan 2025
Next: Amaran hujan lebat di Miri, orang ramai dinasihatkan berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.