Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah puji Hun Nam Siang Tng santuni 90 keluarga Dayak menjelang Gawai
  • TEMPATAN

Uggah puji Hun Nam Siang Tng santuni 90 keluarga Dayak menjelang Gawai

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Gawai Dayak 2026 anjuran Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

​KUCHING: Sikap keprihatinan dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pertubuhan sukarela dalam menyantuni golongan memerlukan membuktikan keutuhan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras masyarakat di Sarawak.

​Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha murni sedemikian amat penting bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir, terutamanya ketika semua pihak sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan utama.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Gawai Dayak 2026 anjuran Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

​Beliau memberi contoh inisiatif yang diambil oleh Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng yang konsisten melaksanakan aktiviti kebajikan demi meringankan beban kewangan keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

​”Semangat saling membantu dan berkongsi rezeki seperti ini amat penting dalam memastikan masyarakat kita terus hidup dalam keadaan harmoni, bersatu padu dan saling menghormati,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Gawai Dayak 2026 anjuran Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng di sini, hari ini.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Gawai Dayak 2026 anjuran Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

​Uggah turut menyifatkan program berkenaan sebagai cerminan sebenar budaya masyarakat Sarawak yang sentiasa mengutamakan nilai perpaduan serta toleransi yang tinggi tanpa mengira kaum dan agama.

​Dalam program tahunan tersebut, seramai 90 keluarga Dayak dari sekitar bandar raya Kuching telah dipilih sebagai penerima sumbangan bagi persiapan menyambut Hari Gawai Dayak tidak lama lagi.

​Setiap keluarga membawa pulang sumbangan bakul makanan bernilai sekitar RM400 yang mengandungi pelbagai barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak, telur ayam, makanan dalam tin serta makanan kering.

​Selain barangan dapur, setiap penerima turut ceria apabila menerima sumbangan tunai sebanyak RM50 yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi Sarawak Hun Nam Siang Tng, Tay Boon Sin.

​Program yang mendapat pujian ramai ini merupakan antara inisiatif tahunan di bawah Tabung Kebajikan Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng dalam menabur bakti dan menyemarakkan sambutan Gawai yang inklusif.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Upacara Miring dicadang diiktiraf warisan kebangsaan, ke UNESCO
Next: Hutan bukan lagi sekadar sumber balak, kini jana ekonomi karbon dan teknologi hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.