Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT terus berkunjung Adilfitri pada hari ketujuh
  • TEMPATAN

TYT terus berkunjung Adilfitri pada hari ketujuh

Utusan Sarawak 2 months ago
KETIBAAN Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis Rumah Terbuka Dato Sri Fatimah Abdullah di Jalan Sultan Tengah, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Sempena sambutan Hari Raya ketujuh, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah dan suami, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah di kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah.

Ketibaan Tun Pehin Sri Wan Junaidi dan isteri disambut mesra oleh Fatimah dan suami serta ahli keluarga.

YANG di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka anjuran Dato Sri Fatimah Abdullah di Jalan Sultan Tengah, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada majlis tersebut, beliau turut beramah mesra bersama para tetamu yang hadir, termasuk Datuk Bandar Dewan Bandar Kiching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman, Presiden Society for Kuching Urban Poor (SKUP) Lt. Kol (Rtd) Dato Fabian Wong, Yang di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Dr. Wan Ali Tuanku Madhi serta isteri masing-masing, setiausaha politik, ketua-ketua masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi turut berharap agar budaya ziarah-menziarahi sempena Hari Raya Aidilfitri terus disemarakkan demi mengeratkan silaturahim serta memupuk keharmonian dalam kalangan

YANG di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan suami, Dato Syeed Muhammad Hussein Wan Abdul Rahman di Demak Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Bagi menutup tirai kunjungan Hari Raya Aidilfitri pada hari ketujuh, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi turut menghadiri menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di kediaman mereka di Demak Jaya. 

Kunjungan-kunjungan tersebut turut mempererat hubungan persaudaraan serta memupuk semangat keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM1.67 juta naik taraf tebingan sungai Kampung Ampungan
Next: Keadaan di Kuching Sentral masih terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.