Keadaan di Kuching Sentral masih terkawal

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Keadaan di terminal bas Kuching Sentral dilaporkan masih terkawal dan tidak sesak setakat 4.00 petang tadi, meskipun musim cuti perayaan Aidilfitri telah berakhir.

Hasil tinjauan mendapati aliran penumpang yang tiba dan berlepas dari terminal berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan luar biasa.

Sebilangan besar bas dilihat masih menunggu penumpang di platform, dengan banyak tempat duduk masih kosong walaupun jadual perjalanan berjalan seperti biasa.

Jumlah pengguna bas juga dilihat berkurangan berbanding tahun-tahun lalu kerana kebanyakan orang kini memilih untuk memandu sendiri, memandangkan Lebuh Raya Pan Borneo yang sudah siap memudahkan perjalanan meskipun menyebabkan kesesakan di laluan utama seperti Samarahan-Kuching.

Oleh Masrin Affirah

Menelusuri keindahan Gua Pari-Pari di Bau

BAU: Tersembunyi di sebalik bukit batu kapur, Gua Pari-Pari menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka khazanah alam yang seolah-olah